Friday, 11 April 2014

Awaken Your Inner Peace : Stong-Baha-Ayam April 2014

Posting Tak Official Ateam -SBA- :

It was a very wonderful moment Stong Baha Ayam mengajar erti semangat kebersamaan yang tinggi. Ya, Ateam memang pernah buat program gunung sebelum ni yang memang awesome, tapi trip SBA kali ni memang lain macam ohsemnya. Kena maki? kena carut? hantu air? menyanyi sambal trekking? gila gambar cam nak mati? masak sambal bising bising? jadi parasit? lari tentative? taaruf sampai tengah malam? borak borak sambal main kad? borak borak masa depan? borak pasal agama? tolong menolong masa trekking? waterpoint? beg berat malas nak bawak? HAHAHA serius rindu moment ni. Dan bagi sesiapa yang ikut trip kali ni, aku dapat rasakan yang korang tak dapat nak ungkapkan macam mana perasaaan pasal program ni. Ini bukan pasal only hiking, tapi ada banyak cerita disebaliknya. 


1. Disebabkan trip kali ni kurang training, most of kitaorang komplen sini sana.

''kenapa penat ni? penat dia lain macam''
''aku berpeluh macam banjir pun ada''
itu belum kira kaki cramp lagi, dengan terseliuh semua wakaka. Itu semuanya propaganda nak mengelat la tu. Tulaa SIapa suruh tak training hahaha :P

2. First day, kitaorang pergi caving dekat Gua Keris, Gua Gelap dan apatah nama gua lagi satu, takpe pedulikan. Rata rata ini pengalaman ateam ni buat caving secara ofisial dan caving dengan hiking, aku prefer caving muahahaha sebab boleh free body. Cakap pasal caving mesti la cakap pasal stalagmite stalagtite amenda tu semua. serius lawa baq ang. Ada satu part yang agak scary bila kena merangkak untuk ke gua belah lagi satu. Of course kena ikut merangkak juga. Kau nak merangkak untuk teruskan hidup ke atau mati tertinggal kat belakang? haha. Anyway, ini antara satu part of the program yang sangat menarik. Benda baru. Teroka gua. Kali kedua selepas Gua Kalong.


3. Then kitaorang shoot terus untuk hiking, lebih kurang pukul 12.30 terus ke kaki gunung Stong untuk lunchy and solat. Lebih kurang 3.30ptg beru hiking. Masa ni la masing-masing muka macam dah lenguh, berat sambal Tanya bila nak free body? hahaha padahal baru jalan se-ela. (Masing-masing atau aku sorang je?). Trip kali ni ohsem, berehat dia lama gila. Aku rasa ada part yg rehat dekat 20 min, padahal baru jalan 10 minit wahaha. I like the abg guider suka nau rehat. ''sap kok dua batang lu, baru boleh jalan'' haha lepas 1 jam 30 min baru sampai kem baha sampai kem baha rasanya petang, dalam pukul 5.30. semua macam excited terus layan view.


4. @KemBaha punya view memang tip top mmg superb aku cakap kau. This is the only kem site yang ada view paling menarik dalam hidup (setakat ni la) hehe. Semua ni ciptaan Allah. dan the most thing yang aku minat pasal kem baha sebab dia ada tandas macam kat rumah. Ohsemmm gilaa baq ang. So aku tak pernah fikir pasal nak catu makan. Ada toilet bowl ada pintu ada flush ada air ada paip, gilaaa la haha so boleh malabuq dengan tenang dan gembira. Kem baha ni ada canopy which is kita tak payah bukak fly banyak banyak.


5. Memang silap besar la kalau kemsite sebelah ayaq terjun. Bila muka muka hantu air jumpa air terjun, memang tak akan keluar la selagi kulit belum kecut. Sorry aww cakap macam ni, ikhlas daripada budak tak tahu berenang haha. Sesi taaruf di kem baha cam biasa, masing-masing bagi opinion, pengalaman masa hiking dan kisah suka duka. Cerita lebih kurang sama. Zzzzz


6. Esoknya lepas breakfast, kitaorang erus shoot ke puncak baha dan ayam. Perjalanan bak kata abg gudier mengambil masa 8jam. Tapi tu termasuk rehat makan solat semua la. Bertolak pukul 10pagi camtu dan ateam yang ohsem tersampai awal pulak. Dalam pukul 5 dah sampai puncak ayam. tapi sebelum tu kitaorang dah sampai puncak Baha dulu, Lepas settle tangkap gambaq semua, baru ke puncak ayam.


7. Kitaorang bermalam dekat puncak Ayam. Tempat yang best sejuk, ada awan berterbangan, ada angina, ada view sikit sikit. Lepas breakfast, siap siap kemas beg. Lepas dah sette semua, kitaorang gerak kem baha. Lalu jalan lain, so pemandangan tak sama. Tak dapat nafikan pemandangan dalam hutan memang menakjubkan. Abg guider tu ada cerita pasal keistimewaan hutan, pasal gajah yang mengeluarkan kilat, ada burung yang boleh detect hujan. Lupa pulak nama burung tu, mulut jangan celupaq dan jaga langkah bila mendaki. Abg tu ad cerita pasal kejadian berlakunya kematian dekat air terjun tu. Sebelum student Singapore mati, ada juga orang yang pernah mengalami tragedy kat situ. Banyak info yang dapat dishare. Thanksabg guider. Cakap pasal abg guider, nama diorang Ed dan Od. Sporting dan suka share informasi pasal hutan. Siapa dapat duduk belakang masa trekking, dia akan cerita. Ini pokok apa itu pokok apa, ini bekas gajah lalu dan etc etc etc.


8. Gunung Stong dapat nama daripada Bahasa Omputih, ''Stone'' -Batu. Tapi kalau ikut ikut dialek kelate, kawe panggey stone tu stong haha sebab obviously gunung tu penuh batu. Puncak baha/ kem baha dapat nama bersempena dengan nama ayah guider kitaorg yang mula mula bukak laluan tu. dan puncak ayam tak dapat dipastikan sejarahnya.


9. Patut la trip kali ni dinamakan '' waterpark'' sebab mana taknya, jalan sikit kau basah, jalan sikit kau main pistol air, jalan sikit kau masuk telaga tujuh puteri, jalan sikit jumpa ayaq terjun itu ini, Hahaha seronok hiking sambal basah basah haha. The most scariest ever bagi orang yang tak tahu berenang adalah masa nak masuk telaga tujuh puteri tu. At last aku mampu masuk dan rendam selama dua saat. Yang lain jangan cerita la, kalau boleh lama dalam telaga tu, nak lama lagi haha. Tabik bagi sesiapa yang pandai tahan nafas & berenang tu.


10. The kemuncak part is the day, habiskan sehari suntuk dekat kem baha, lawat air terjun yang gila cool, masuk dalam perigi tujuh puteri, slide dekat air terjun stong pergh pergh. aku boleh katakana bagi semua slide, air terjun dekat sini memang satu benda yang tak akan dapat dilupakan haha. Siapa yang dah cuba tu, korang memang cenggini haa. kudos tu you HAHAHA>


11. Trip kali ni juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran 2 wakil srm UTM, tq huda dan farouq sebab sudi memeriahkan program kali ni, takziah kepada aida pasal bad news tu dan untuk iela, insya allah next time ada lagi :)


Hasil tulisan MT Dokumentasi Ateam.

-Jerin-

No comments:

Post a Comment