Sejarah Penubuhan

Terbit pada tahun 1997, Adventure Team lahir dengan nafas garang yang saya tidak ketahui. Kesusahan dan kepayahan serta jarak masa yang terlalu jauh menyukarkan kami sebagai adik-adik mengakaji maklumat tentang penubuhan sebuah kelab ini. Maaf database berterabur.

Legend mengatakan bahawa telah lahir sebahagian puak pelajar telah merancang dan kemudiannya berjaya menawan Gunung Ledang. Daripada peserta-peserta program tersebut, telah timbul suatu perasaan dan idea yang tidak pernah mereka fikirkan.. Ya! Menubuhkan kelab baharu.

Selama 13 hari 13 malam tidak tidur mereka telah mencari sepetik nama yang paling sesuai untuk hati-hati seperti mereka. Tetapi pada suatu ketika, seseorang daripada mereka telah terlelap jua. Dalam mimpi mereka telah bertemu dengan seorang pemuda kacak tidak berwajah memegang sepanduk yang bertulis, "Adventure Team". Maka seteleh beliau terbangun daripada mimpi tersebut, bingkas dia segera memberitahu yang lain tentang nama exotic tersebut.

Dengan itu, terlahirlah juga nama A-Team yang disebut-sebut sehingga kini.

"DARE TO BE WITH US"

No comments:

Post a Comment