Aku ni bukan suka sangat nak hiking hiking ni, buat apa hiking? buat peluh je, buat kaki letih je, hek leh kenapa kau nak susah susahkan siri kau bawak beg besar gedabak, dopopatjam nak digalas pfffttt tolong la. HAHA tapi itu first expectation aku, sebenar benarnya lagi benarnya seronok weh. Pedulikan hari pertam hari kedua aku bawak beg kecik, apa orang panggil, tas tangn ; bilaman semua orang bawak beg besar besar haha. Ramai yang dengki dengan aku tau?
'' eh jerin punya beg ni boleh cari gaduh ni '' kihkihkih
Siapa sangka weh hike 5 mauntain in 2 days something like that? and 3 of the mauntain e hiked are listed in most top highest mountain in Malaysia. Perghh. kau tak bangga ke mat? kau tak bagga ke jerin? seriously aku tak pernah tahu ketinggian gunung tu berapa. Tak ada masa nak ambik tahu Hahaha tapi apa yang aku tahu. masa aku mendaki tu aku tak mahu kena tinggal kat belakang. takut mat ! HAHAHA
HARI PERTAMA
lokasi Bukit Perdah Bukit Jasar
Bila dah sampai puncak, semua dengan sombongnya mengeluarkan statement berani mati ;
'' hek eleh, ini ke perdah? ini ke jasar? ''
'' gila macam kau naik bukit doh '' HAHAHA
Serious bukan nak berlagak, tapi Zzzz, rasa mengantuk naik gunung tu. Tapi bila dah naik tu, hutan dia agak kasar sikir dengan kulit den ni ha. dah la sejuk, apa apa pun hari pertama kita Berjaya naik 2 gunung, ambik masa dalam 3 4 jam juga la untuk naik 2 gunung ni. eh 3 jam aku sama macam masa tidur aku T_T.
HARI KEDUA
Gunung Berembun
Baca nama gunung tu je dah bole tahu, '' eh gunung tu ada embun ke? ''
ok tak lawak, semua gunung berembun kot tapi asal nama gunung ni berembun hang pi tanya orang lain. Gunung kali ni agak mencabar daripada naik 2 bukit semalam. HAHA. Serious shit, track dah la panjang, menaik menurun menaik menurun. Kalau la cuaca panas, dah boleh terbakar lemak lemak fatty acid aku 100 kg ni. Tapi nasib la sejuk, so macam takde makna la kalau kita berpeluh, sebab peluh yang keluar tu rasa nyaman gila and bila tengok tengok, ''eh dah kering ke?'' MHRUEHRUEH Track kat sini lalu denai, lalu pokok tumbang, kena tunduk masuk pokok, beg tersangkut, kena panjat tanah licin perghh yang ni mencabar gila!! dah la aku bawak sweater putih. memang berjambul jambul la kotornya. Tapi bila sampai puncak, serius best gila walaupun view dia macam tak nak je nampak kihkihkih.
puncak berembun ! |
Gunung Berincang Gunung Irau
Nak daki gunung ni ada kontrobesi sikit. ''Mana nak cari guider ni weh?'' ''dah la mahal, seguider rm300'' huhuhu. But nothing impossible, akhirnya kitorang dapat guider. dah la dapat guider, sporting gila pulak tu. Serius shitt 2 gunung ni aku mungkin akan fikir beribu kali kalau nak naik lagi lepas ni. perghh aku cakap kau, memang mencabar gila gila mental, kepenatan, keberatan beg, fizikal kena kuat. Entah kenapa dalam hutan tu aku baru terfikir
''eh kenapa aku ikut ni? HAHAHA''
''kalau tak sekarang mesti aku ada kat rumah tengah goyang kaki, atau tengok wayang dalam mall atau tidur tak bangun bangun'' huh
Serius weh, anatar kau nak jalan terus, atau nak patah balik yang memakan jarak lebih kurang sama. Ahhh teruskan je la. Dah la masa nak naik tu set set kitaorang tinggal belakang, sebab ada yang injured la, tak larat la, kena teman lagi lagi yang perempuan takut jadi apapa. dan akhirnya sampai puncak juga after lebih 6 7 jam. GILA. Kasut kalau tak kena lumpur sampai ke betis, hang memang manjaaaa baq hang HAHA. Kami telah berjaya menjadi petani moden atas gunung tu. Habis kotor.
puncak Irau ! |
Soksek soksek TransCameron :
- Aku tak tahu kenapa hari pertama tu boleh sesat barat. padahal we use the same way. Masa nak balik tu, dengan semuanya berpecah, yang tahu jalan, jalan dulu, yang belakang ni tertinggal, lepastu buat jalan sendiri. Gila scary masa tu. Aku ingat lagi jama masa tu dekat dekat 6.40petang, nak menjengah maghrib dah, tetiba masuk jalan hutan winterfall apatah nama hutan tu, tapi serius sekali imbas hutan tu macam pekan hantu. Bayangkan, dengan nak papah orang pengsan lagi, dengan jalan kaki jauh gila, tak tahu jalan mana yang betul, akhirnya kita jumpa jalan yang macam ragu ragu jalan nak jalan walaupun jalan dia agak betul. Yeah dan sekarang masing masing macam kena sakat, ada yang pengsan bila Nampak benda tu, ada yang kena panggil nama, ada yang dengar bunyi mengilai. What the most scary thing is bila makcik tu cakap, ''Ya Allah, kenapa kamu semua ada kat dalam hutan? cepat keluar.'' -cerita imbas muka oleh ujang. You know what it means right? seram kan.
- Duduk dekat Cameron, it totally sejuk nak mati, tahap dagingdaging sejuk beku la. The most tak tahan bila nak mandi la sial! HAHAHAHAHA sejuk dia macam mencucuk cucuk paru paru ni. Rasa macam jantung dengan paru paru ni kecut gila. Sebab tu kitaorang mandi hanya sekali sehari je. Itu pun ikut mood HAHA.
- Sampai sampai Cameron, semua nak keluar dari bas dengan harapan (bas yang ada ekon sejuk nak mati tu) kitaorang dapat keluar ambik udara panas kat luar. Tapi bila bas dah berhenti dan semua turun, rasakan udara luar lagi sejuk dari dalam bas HAHAHA bodonya kita. Tak terifikir pulak Cameron sesejuk ni. Eh sebenarny tak sangka Malaysia ada suhu macam ni HAHAHA.
- I love the situasi when masak memasak. Masak memasak guna stove, kuali, sudip, makan apa yang ada depan mata, lepas makan basuh, masak dengan kumpulan, even event ni untuk have fun, tapi ianya mengajar kita untuk lebih independent, tinggikan lagi semangat kekawanan, rapatkan lagi hubungan dengan member member yang paling penting. we know whatever the things that we don't know before this. serius korang semua hebat :)
- You go girl. Aku suka tengok semangat syafiqah dengan kak yong. This 2 orang memang Nampak macam buat hal. Sorang buat hal, sorang lagi lambat gila nak mati kat belakang HAHAHA (marah ke?) tapi 2 orang ni ada semangar naik gunung ang tinggi. At least walaupun pengsan pengsan, injured, korang mampu naik 5 gunung saa macam kitaorang yang sihat ni. Tahniah :)
- Masa nak naik gunung berembun, sampai satu fasa kena mendaki je. Mendaki dalam sudut 85 degree, phiuhh, dengan lecaknya, dengan basahnya, dengan licinnya. Korang tahu apa dalam kepala otak aku? Mati.
- Aku tak rasa yang kita semua ni penat mendaki kan? Aku rasa kita ni penat nak snap pic.lagi lagi yang gila kamera tu HAHAHA kelakar la sial! sebab tu kena take time. Tak kisah la, janji ada gambar dalam hutan.Kau ado?
- Ingatkan berembun je yang payah nak mati, rupanya ada lagi gunung yang pagi payah. Berbincang dengan irau. Ya Allah aku tak tahu nak describe macam mana tapi ianya betul betul mencabar otak, minda, fizikal, dan mental. Dengan kena pijak akar2 kayu, batu batu, lalu lumpur, tunduk, baring, luka luka, salah pijak, masuk lumpur, tu memang tak boleh lupasemuanya. When lepas ni kalau ada apa apa perkataan larau, aku akan consideruntik fikri 34534 kali nak join ke tak nak HAHAHA.
- Siapa yang suka nature, suka view, korang memang berbaloi naik puncak puncak ni. Jujur aku cakap aku bukannya tak suka view, tapi aku seorang yang tak ambil peduli pun semua tu, Cukup la untuk cakap ''wooooo lawanya'' lepastu diam HAHAHA. But bila sampai atas Irau, rasa kita ni dalam mcam filem alice in the wonderland, macam dalam lord of the ring. serius serius. kiri kanan kau penuh pokok dengan lumut dari atad sampai bawah, dengan corak corak akar dia. Rasa takjub dengan pencipta. :) Paling best bila kita semua boleh duduk atas Awan wuhuuuu.
- Kasut kalau tak kotor kena lumpur akibat membajak memang tak sah. Apa yang aku risau masa nak naik Irau tu, hujan gunung lamagila. Dah la cuaca sejuk tahap 15 degree, ditambah dengan terk yang penuh lecak. dah macam petani moden! wuhuuu aku kotor dari atas sampai bawah. sama juga dengan yang lain HAHAHA kan?
- Tahniah ujang sebab Berjaya turun dengan kain pelikat. Tahniah Amira kerana memenangi anugerah jatuh bangun terbanyak WAKAKAKA.
Aku rasa ada banyak lagi nak disoksek soksek. Cukup la kot. Penat nak taip mat! HAHAHA thanks ateam. Thanks nazrin ujang syafinaz ustaz ikhwan ayam hairul low helmi ja'a syahir qahar amran aini Amira syira lin azella dan semuanya wei. Kita memang hebat ekceli. 5 gunung dalam 3 hari? Boleh masuk genius world record! ok tipu je hihi k thanxbye salam.
No comments:
Post a Comment