5-7 Oktober 2012
Untuk sesi kali ini, Ateam KTC telah memilih Gunung Datuk sebagai program Ateam Trial untuk student yang baru masuk UTM. Of course la tahun satu jai. Ramai sebenarnya yang pandang enteng dengan ketinggian 800+ meter, Nampak rendah tapi trek die mencanak mat, pacak sampai 50' dan kena lalu akar akar. Siapa yang unlucky tu sure tersadung lalu jatuh tergolek golek hihi. It is too boring untuk cerita berjela jela. Disebabkan program ateam ni dah setahun berlalu, aku pun dah ingat lupa segala insiden yang berlaku but it was totally fun sebab ramai yang join program,nak dekat 70 orang yang join jugak means havoc jugak la kat atas tu.
Management Gunung Datuk pun terkejut
''awak semua nak tidur mana ramai-ramai dekat atas tu?''
sepatutnya kita kena jawak ''tidur atas gunung'' -_-
Tapi pedulisetankan semua tu, mungkin pakcik tu cuma nak jaga kebersihan gunung dan panorama dia je kan, sebab tu dia kalau boleh tak mau bagi Ateam bawak ramai ramai. hihi.
Tahap hardcore gunung datuk ni bagi yang beginner memang tak boleh disangkal lagi. Tapi aku rasa bagi Low (rosli nama melayu) dia mungkin dah biasa kot, mana taknya dia boleh mendaki dan turun gunung 2 3 kali on time dengan alasan agak kelakar. Biar dia je la yang tahu huhuhuhuh :3
Naik Gunung Datuk mengajar kita supaya jangan pandang rendah dekat sesuatu ketinggian tu. Well memang gunung ni sekadar 800+m je, tapi dia punya kepayahan dia rasa macam nak lempang je orang kau benci. 3 jam mendaki memang penat mat, I tak tahu nak cerita macam mana tapi when you are already reached at the puncak, memang perghhh gua cakap lu. Gunung ni aku rase view dia paling puas berbanding gunung-gunung lain yang viewnya kadang 20' je. Gunung dia ni view dia 360' kot. Dah la sejuk. Siapa yang tak ada sleeping bag tu boleh mati aku rasa haha. :D
Tak nak cakap banyak, this is the summary :
- Bertolak lebih kurang pukul 5 petang Jumaat (I lupa tarikhnya) dari KTC, sampai Rembbau dalam pukul 10 malam. Sampai-sampai kami terus pasang fly dan ground. Memang havoc sebab 70 orang dan tak semua tahu pasang semua tu kan maklum la, budak baru hihi.
- We supper at 12am dan tidur lebih kurang pukul 3am. Nak borak-borak katanya!
- Pukul 7am Sabtu dan sarapan dan warm up. Pagi tu ada sesi modul ikatan. Tahun satu belajar ikatan sebelum mendaki. Lepas belajar pukul 12pm semua kena masak untuk lunch.
- Dan kami mendaki lepas zuhur. Sampai puncak lebih kurang pukul 5pm. Hihi. Hebat tak hebat la kan? Haip. Soal semput jangan cakap.
- Puncak dia lawa mat!
- Macam biasa, malam tu ada sesi taaruf bersama alumni. Terima kasih kepada para alumni sebab sudi hadir. Cc: abg rao, fadli, syakir dan sebagainya.
- Pukul 3am semua dah jadi macam ayam berak kapur. Masing-masing bertenggak dalam fly sebab ground basah. Hujan boleh dikatakan lebat jugak la. Sejuk boleh nak cakap. Yang paling stylo ada jugak orang tidur dalam plastic sampah,buat macam baju hujan. Haha siapa lagi kalau bukan ujang Hujan dengan tidur? aku rasa semua pilih tidur walaupun dalam hujan hihi :3
- Pukul 10am Ahad kami semua dah kemas-kemas untuk turun ke kaki gunung balik.
- Pukul 1pm sampai kaki gunung dah kena masak untuk lunch. Lapar memang lapar. Hihi. Aku rasa ada juga orang yang laju bila turun tapi bila naik slow nak mati -_- hihi laju sebab apa tu ye?
- Pukul 3pm tu kami sempat buat post-mortem membincangkan perjalanan baik gunung kali ini. Masing masing mengomplen itu ini. Tapi mostly positif la! haha
- Pukul 5pm dah kena kerah untuk ke luar bas, dah sampai katanya!
- Bas akhirnya membuat drama, yang mana baru sampai Tangkak. Terpaksa la merempat tepi jalan kampung gadong-bongek tu. Malunya bila orang kampung lalu lalang Haha
- Dan akhirnya bas sampai lebih kurang pukul 7.30pm. Kami semua gembira sangat -_- Hahaha
- Sampai UTM pukul 11malam
Dan aku rasa sampai sini je kot aku mampu tulis. Maaf ada event yang lupa sebab dah setahun berlalu. Dulu ateam mana ada blog! Hahaha apa-apa pun tahniah pada pengarah projek, Ujang sebab Berjaya buat program ateam trial 3.0 kali ini untuk student sesi 2012/2013 :3
dan bagi yang join, jangan lupa sogan :
''Nama yoo polajar UTM tapi otak supo lombuu''
No comments:
Post a Comment