Wednesday, 20 November 2013

TransCameron

*Dipetik dari Blog Jerin

Aku ni bukan suka sangat nak hiking hiking ni, buat apa hiking? buat peluh je, buat kaki letih je, hek leh kenapa kau nak susah susahkan siri kau bawak beg besar gedabak, dopopatjam nak digalas pfffttt tolong la. HAHA tapi itu first expectation aku, sebenar benarnya lagi benarnya seronok weh. Pedulikan hari pertam hari kedua aku bawak beg kecik, apa orang panggil, tas tangn ; bilaman semua orang bawak beg besar besar haha. Ramai yang dengki dengan aku tau?

'' eh jerin punya beg ni boleh cari gaduh ni '' kihkihkih 

Siapa sangka weh hike 5 mauntain in 2 days something like that? and 3 of the mauntain e hiked are listed in most top highest mountain in Malaysia. Perghh. kau tak bangga ke mat? kau tak bagga ke jerin? seriously aku tak pernah tahu ketinggian gunung tu berapa. Tak ada masa nak ambik tahu Hahaha tapi apa yang aku tahu. masa aku mendaki tu aku tak mahu kena tinggal kat belakang. takut mat ! HAHAHA

HARI PERTAMA
lokasi Bukit Perdah Bukit Jasar

Bila dah sampai puncak, semua dengan sombongnya mengeluarkan statement berani mati ;
'' hek eleh, ini ke perdah? ini ke jasar? ''
'' gila macam kau naik bukit doh '' HAHAHA

Serious bukan nak berlagak, tapi Zzzz, rasa mengantuk naik gunung tu. Tapi bila dah naik tu, hutan dia agak kasar sikir dengan kulit den ni ha. dah la sejuk, apa apa pun hari pertama kita Berjaya naik 2 gunung, ambik masa dalam 3 4 jam juga la untuk naik 2 gunung ni. eh 3 jam aku sama macam masa tidur aku T_T.







HARI KEDUA
Gunung Berembun


Baca nama gunung tu je dah bole tahu, '' eh gunung tu ada embun ke? ''
ok tak lawak, semua gunung berembun kot tapi asal nama gunung ni berembun hang pi tanya orang lain. Gunung kali ni agak mencabar daripada naik 2 bukit semalam. HAHA. Serious shit, track dah la panjang, menaik menurun menaik menurun. Kalau la cuaca panas, dah boleh terbakar lemak lemak fatty acid aku 100 kg ni. Tapi nasib la sejuk, so macam takde makna la kalau kita berpeluh, sebab peluh yang keluar tu rasa nyaman gila and bila tengok tengok, ''eh dah kering ke?'' MHRUEHRUEH Track kat sini lalu denai, lalu pokok tumbang, kena tunduk masuk pokok, beg tersangkut, kena panjat tanah licin perghh yang ni mencabar gila!! dah la aku bawak sweater putih. memang berjambul jambul la kotornya. Tapi bila sampai puncak, serius best gila walaupun view dia macam tak nak je nampak kihkihkih. 




puncak berembun !
HARI KETIGA
Gunung Berincang Gunung Irau

Nak daki gunung ni ada kontrobesi sikit. ''Mana nak cari guider ni weh?'' ''dah la mahal, seguider rm300'' huhuhu. But nothing impossible, akhirnya kitorang dapat guider. dah la dapat guider, sporting gila pulak tu. Serius shitt 2 gunung ni aku mungkin akan fikir beribu kali kalau nak naik lagi lepas ni. perghh aku cakap kau, memang mencabar gila gila mental, kepenatan, keberatan beg, fizikal kena kuat. Entah kenapa dalam hutan tu aku baru terfikir 
''eh kenapa aku ikut ni? HAHAHA''
''kalau tak sekarang mesti aku ada kat rumah tengah goyang kaki, atau tengok wayang dalam mall atau tidur tak bangun bangun'' huh

Serius weh, anatar kau nak jalan terus, atau nak patah balik yang memakan jarak lebih kurang sama. Ahhh teruskan je la. Dah la masa nak naik tu set  set kitaorang tinggal belakang, sebab ada yang injured la, tak larat la, kena teman lagi lagi yang perempuan takut jadi apapa. dan akhirnya sampai puncak juga after lebih 6 7 jam. GILA. Kasut kalau tak kena lumpur sampai ke betis, hang memang manjaaaa baq hang HAHA. Kami telah berjaya menjadi petani moden atas gunung tu. Habis kotor.















puncak Irau !
//
Soksek soksek TransCameron :
  • Aku tak tahu kenapa hari pertama tu boleh sesat barat. padahal we use the same way. Masa nak balik tu, dengan semuanya berpecah, yang tahu jalan, jalan dulu, yang belakang ni tertinggal, lepastu buat jalan sendiri. Gila scary masa tu. Aku ingat lagi jama masa tu dekat dekat 6.40petang, nak menjengah maghrib dah, tetiba masuk jalan hutan winterfall apatah nama hutan tu, tapi serius sekali imbas hutan tu macam pekan hantu. Bayangkan, dengan nak papah orang pengsan lagi, dengan jalan kaki jauh gila, tak tahu jalan mana yang betul, akhirnya kita jumpa jalan yang macam ragu ragu jalan nak jalan walaupun jalan dia agak betul. Yeah dan sekarang masing masing macam kena sakat, ada yang pengsan bila Nampak benda tu, ada yang kena panggil nama, ada yang dengar bunyi mengilai. What the most scary thing is bila makcik tu cakap, ''Ya Allah, kenapa kamu semua ada kat dalam hutan? cepat keluar.'' -cerita imbas muka oleh ujang. You know what it means right? seram kan.
  • Duduk dekat Cameron, it totally sejuk nak mati, tahap dagingdaging sejuk beku la. The most tak tahan bila nak mandi la sial! HAHAHAHAHA sejuk dia macam mencucuk cucuk paru paru ni. Rasa macam jantung dengan paru paru ni kecut gila. Sebab tu kitaorang mandi hanya sekali sehari je. Itu pun ikut mood HAHA.
  • Sampai sampai Cameron, semua nak keluar dari bas dengan harapan (bas yang ada ekon sejuk nak mati tu) kitaorang dapat keluar ambik udara panas kat luar. Tapi bila bas dah berhenti dan semua turun, rasakan udara luar lagi sejuk dari dalam bas HAHAHA bodonya kita. Tak terifikir pulak Cameron sesejuk ni. Eh sebenarny tak sangka Malaysia ada suhu macam ni HAHAHA.
  • I love the situasi when masak memasak. Masak memasak guna stove, kuali, sudip, makan apa yang ada depan mata, lepas makan basuh, masak dengan kumpulan, even event ni untuk have fun, tapi ianya mengajar kita untuk lebih independent, tinggikan lagi semangat kekawanan, rapatkan lagi hubungan dengan member member yang paling penting. we know whatever the things that we don't know before this. serius korang semua hebat :)
  • You go girl. Aku suka tengok semangat syafiqah dengan kak yong. This 2 orang memang Nampak macam buat hal. Sorang buat hal, sorang lagi lambat gila nak mati kat belakang HAHAHA (marah ke?) tapi 2 orang ni ada semangar naik gunung ang tinggi. At least walaupun pengsan pengsan, injured, korang mampu naik 5 gunung saa macam kitaorang yang sihat ni. Tahniah :)
  • Masa nak naik gunung berembun, sampai satu fasa kena mendaki je. Mendaki dalam sudut 85 degree, phiuhh, dengan lecaknya, dengan basahnya, dengan licinnya. Korang tahu apa dalam kepala otak aku? Mati.
  • Aku tak rasa yang kita semua ni penat mendaki kan? Aku rasa kita ni penat nak snap pic.lagi lagi yang gila kamera tu HAHAHA kelakar la sial! sebab tu kena take time. Tak kisah la, janji ada gambar dalam hutan.Kau ado?
  • Ingatkan berembun je yang payah nak mati, rupanya ada lagi gunung yang pagi payah. Berbincang dengan irau. Ya Allah aku tak tahu nak describe macam mana tapi ianya betul betul mencabar otak, minda, fizikal, dan mental. Dengan kena pijak akar2 kayu, batu batu, lalu lumpur, tunduk, baring, luka luka, salah pijak, masuk lumpur, tu memang tak boleh lupasemuanya. When lepas ni kalau ada apa apa perkataan larau, aku akan consideruntik fikri 34534 kali nak join ke tak nak HAHAHA.
  • Siapa yang suka nature, suka view, korang memang berbaloi naik puncak puncak ni. Jujur aku cakap aku bukannya tak suka view, tapi aku seorang yang tak ambil peduli pun semua tu, Cukup la untuk cakap ''wooooo lawanya'' lepastu diam HAHAHA. But bila sampai atas Irau, rasa kita ni dalam mcam filem alice in the wonderland, macam dalam lord of the ring. serius serius. kiri kanan kau penuh pokok dengan lumut dari atad sampai bawah, dengan corak corak akar dia. Rasa takjub dengan pencipta. :) Paling best bila kita semua boleh duduk atas Awan wuhuuuu.
  • Kasut kalau tak kotor kena lumpur akibat membajak memang tak sah. Apa yang aku risau masa nak naik Irau tu, hujan gunung lamagila. Dah la cuaca sejuk tahap 15 degree, ditambah dengan terk yang penuh lecak. dah macam petani moden! wuhuuu aku kotor dari atas sampai bawah. sama juga dengan yang lain HAHAHA kan?
  • Tahniah ujang sebab Berjaya turun dengan kain pelikat. Tahniah Amira kerana memenangi anugerah jatuh bangun terbanyak WAKAKAKA.
Aku rasa ada banyak lagi nak disoksek soksek. Cukup la kot. Penat nak taip mat! HAHAHA thanks ateam. Thanks nazrin ujang syafinaz ustaz ikhwan ayam hairul low helmi ja'a syahir qahar amran aini Amira syira lin azella dan semuanya wei. Kita memang hebat ekceli. 5 gunung dalam 3 hari? Boleh masuk genius world record! ok tipu je hihi k thanxbye salam.

Monday, 18 November 2013

Gunung Datuk : Ateam Trial 3.0

Flashback untuk setahun lepas!
5-7 Oktober 2012

Untuk sesi kali ini, Ateam KTC telah memilih Gunung Datuk sebagai program Ateam Trial untuk student yang baru masuk UTM. Of course la tahun satu jai. Ramai sebenarnya yang pandang enteng dengan ketinggian 800+ meter, Nampak rendah tapi trek die mencanak mat, pacak sampai 50' dan kena lalu akar akar. Siapa yang unlucky tu sure tersadung lalu jatuh tergolek golek hihi. It is too boring untuk cerita berjela jela. Disebabkan program ateam ni dah setahun berlalu, aku pun dah ingat lupa segala insiden yang berlaku but it was totally fun sebab ramai yang join program,nak dekat 70 orang yang join jugak means havoc jugak la kat atas tu.

Management Gunung Datuk pun terkejut
''awak semua nak tidur mana ramai-ramai dekat atas tu?''

sepatutnya kita kena jawak ''tidur atas gunung'' -_-

Tapi pedulisetankan semua tu, mungkin pakcik tu cuma nak jaga kebersihan gunung dan panorama dia je kan, sebab tu dia kalau boleh tak mau bagi Ateam bawak ramai ramai. hihi.

Tahap hardcore gunung datuk ni bagi yang beginner memang tak boleh disangkal lagi. Tapi aku rasa bagi Low (rosli nama melayu) dia mungkin dah biasa kot, mana taknya dia boleh mendaki dan turun gunung 2 3 kali on time dengan alasan agak kelakar. Biar dia je la yang tahu huhuhuhuh :3

Naik Gunung Datuk mengajar kita supaya jangan pandang rendah dekat sesuatu ketinggian tu. Well memang gunung ni sekadar 800+m je, tapi dia punya kepayahan dia rasa macam nak lempang je orang kau benci. 3 jam mendaki memang penat mat, I tak tahu nak cerita macam mana tapi when you are already reached at the puncak, memang perghhh gua cakap lu. Gunung ni aku rase view dia paling puas berbanding gunung-gunung lain yang viewnya kadang 20' je. Gunung dia ni view dia 360' kot. Dah la sejuk. Siapa yang tak ada sleeping bag tu boleh mati aku rasa haha. :D

Tak nak cakap banyak, this is the summary :
  • Bertolak lebih kurang pukul 5 petang Jumaat (I lupa tarikhnya) dari KTC, sampai Rembbau dalam pukul 10 malam. Sampai-sampai kami terus pasang fly dan ground. Memang havoc sebab 70 orang dan tak semua tahu pasang semua tu kan maklum la, budak baru hihi.
  • We supper at 12am dan tidur lebih kurang pukul 3am. Nak borak-borak katanya!
  • Pukul 7am Sabtu dan sarapan dan warm up. Pagi tu ada sesi modul ikatan. Tahun satu belajar ikatan sebelum mendaki. Lepas belajar pukul 12pm semua kena masak untuk lunch.
  • Dan kami mendaki lepas zuhur. Sampai puncak lebih kurang pukul 5pm. Hihi. Hebat tak hebat la kan? Haip. Soal semput jangan cakap.
  • Puncak dia lawa mat!
  • Macam biasa, malam tu ada sesi taaruf bersama alumni. Terima kasih kepada para alumni sebab sudi hadir. Cc: abg rao, fadli, syakir dan sebagainya.
  • Pukul 3am semua dah jadi macam ayam berak kapur. Masing-masing bertenggak dalam fly sebab ground basah. Hujan boleh dikatakan lebat jugak la. Sejuk boleh nak cakap. Yang paling stylo ada jugak orang tidur dalam plastic sampah,buat macam baju hujan. Haha siapa lagi kalau bukan ujang Hujan dengan tidur? aku rasa semua pilih tidur walaupun dalam hujan hihi :3
  • Pukul 10am Ahad kami semua dah kemas-kemas untuk turun ke kaki gunung balik.
  • Pukul 1pm sampai kaki gunung dah kena masak untuk lunch. Lapar memang lapar. Hihi. Aku rasa ada juga orang yang laju bila turun tapi bila naik slow nak mati -_- hihi laju sebab apa tu ye?
  • Pukul 3pm tu kami sempat buat post-mortem membincangkan perjalanan baik gunung kali ini. Masing masing mengomplen itu ini. Tapi mostly positif la! haha
  • Pukul 5pm dah kena kerah untuk ke luar bas, dah sampai katanya!
  • Bas akhirnya membuat drama, yang mana baru sampai Tangkak. Terpaksa la merempat tepi jalan kampung gadong-bongek tu. Malunya bila orang kampung lalu lalang Haha
  • Dan akhirnya bas sampai lebih kurang pukul 7.30pm. Kami semua gembira sangat -_- Hahaha
  • Sampai UTM pukul 11malam
Dan aku rasa sampai sini je kot aku mampu tulis. Maaf ada event yang lupa sebab dah setahun berlalu. Dulu ateam mana ada blog! Hahaha apa-apa pun tahniah pada pengarah projek, Ujang sebab Berjaya buat program ateam trial 3.0 kali ini untuk student sesi 2012/2013 :3

dan bagi yang join, jangan lupa sogan :
''Nama yoo polajar UTM tapi otak supo lombuu''